Sejarah kecantikan bermula ketika manusia mula menyedari bahawa diri mereka
ingin kelihatan lebih menarik, maka manusia lainnya membantu mereka untuk
memperbaiki penampilan mereka. Makeup pada dasarnya adalah seni menciptakan
keindahan fizik. Termasuk rambut, kulit, dan kuku.
Sejarah mencatat kosmetik telah digunakan sejak berabad-abad lampau, meskin pun bentuk kosmetik kuno berbeza dengan masa sekarang. Pada zaman kuno, kosmetik digunakan untuk berbagai tujuan seperti ritual agama, meningkatkan kesihatan, dan menambah aura kecantikan.
Sejarah kosmetik dari zaman Mesir kuno pada 10.000 SM.
Pada masa itu kaum lelaki dan wanita di Mesir memakai
minyak beraroma wangi untuk membersihkan dan menghaluskan kulit mereka serta
menghilangkan bau badan. Kosmetik merupakan bahagian yang penting dalam
kebersihan dan kesihatan orang-orang Mesir kuno. Mereka sudah menggunakan
minyak dan krim untuk melindungi kulit dari udara panas dan angin yang
sejuk. Sari bunga lavender, lili, rosemary, mawar, minyak zaitun, dan
minyak alpukat, merupakan bahan dasar yang sering mereka pakai untuk membuat
perfum yang dipakai dalam ritual agama.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar